Penyahwartaan Hutan Sumpan Bukit Cerakah belum selesai sejak 2006


Alfian Z.M. Tahir

Penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cerakah adalah bagi mlengkapkan proses itu yang tergantung sejak tahun 2006 . – Gambar Facebook, 10 July, 2022.

PENYAHWARTAAN Hutan Simpan Bukit Cerakah adalah bagi mlengkapkan proses itu yang tergantung sejak tahun 2006 kata Jabatan Perhutanan Selangor.

Pengarahnya, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata isu di hutan simpan itu tidak selesai lebih 40 tahun dan Kerajaan negeri Selangor mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Tindakan ini juga mengambil kira kepentingan kelestarian di Selangor dalam usaha menjadi negeri yang pintar, boleh didiami dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan.

 Sebelum ini Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) mempertikai tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang menyahwartakan tanah seluas 406.22 hektar hutan simpan tersebut tanpa melalui proses pendengaran awam.

Bendahari Kehormatnya, Teckwyn Lim berkata penyahwartaan hutan simpan tersebut bercanggah dengan undang-undang perhutanan Selangor.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri meminda undang-undang tersebut supaya sebarang penyahwartaan kawasan berstatus hutan simpan mesti mendapat persetujuan dewan undangan negeri.

Ahli akademik dari The University of Nottingham itu berkata kaedah itu mampu mengelakkan pembangunan melibatkan Hutan Simpan Bukit Cerakah.

Sementara itu, Ahmad Fadzil berkata penyahwartaan ini tidak melalui proses penyiasatan awam kerana kelulusan penyahwartaan berlaku sebelum pindaan Seksyen 11, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri (EAPN) Selangor 1985 pada 2011.

“Jabatan ingin menjelaskan bahawa penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah pada 5 Mei lalu adalah bagi melengkapkan proses penyahwartaan yang terhenti sekitar 2006. 

“Berdasarkan Seksyen 13, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri (EAPN) Selangor 1985, pihak berkuasa negeri hendaklah membuat siar warta bagi mana-mana kawasan hutan simpanan kekal yang dinyahwarta,” katanya.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen