SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan akan melakukan serbuan ke atas pejabat Menteri Besar Selangor dan beberapa yang lain.
“Not true (tak benar),” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki dalam respon ringkas kepada The Malaysian Insight hari ini.
Beberapa media mendapat maklumat bahawa agensi itu akan menyerbu pejabat Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, bekas Naib Presiden PKR N. Surendran, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan syarikat pemaju Eco World Sdn Bhd berhubung kes skandal tanah di Ijok.
Dalam pada itu, seorang sumber dari pejabat Menteri Besar berkata sehingga sekarang tiada pegawai SPRM yang tiba ke pejabat Azmin yang terletak di tingkat 21 Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Bagaimanapun beberapa media dilihat menunggu di perkarangan lobi pusat pentadbiran negeri Selangor ini. – 21 Februari, 2018.
Komen