JUMLAH korban runtuhan salji di Dolomites, Itali meningkat kepada 11 orang hari ini, dan ia dijangka menjadi angka kematian terakhir, kata polis.
Sebahagian daripada glasier terbesar di Itali melanda Ahad lalu, menyebabkan salji dan batu meluncur menuruni gunung, dalam bencana yang disifatkan pihak berkuasa sebagai perubahan iklim.
“Kami mengenal pasti semua mangsa,” kata Kolonel Giampietro Lago, dari jabatan saintifik polis.
“Kami merekodkan 11 nyawa terkorban. Sehingga hari ini, kami tidak mempunyai petunjuk berapa ramai mangsa yang terlibat,” katanya.
Presiden wilayah autonomi utara Trentino, Maurizio Fugatti berkata bagaimanapun operasi mencari masih diteruskan, dan maklumat lanjut ditemui pada Sabtu di sekitar glasier Marmolada.
“Pencarian diteruskan dengan dron dan kami akan melakukan perkara yang sama esok,” katanya.
Pejabat pendakwa raya di Trentino melancarkan siasatan mengenai punca bencana dengan beberapa keluarga mendakwa pihak berkuasa membiarkan glasier terbuka walaupun keadaan pendakian yang jelas berbahaya.
Salji melanda sehari selepas suhu tertinggi dengan 10 darjah Celsius direkodkan di puncak Marmolada. – AFP, 9 Julai, 2022.
Komen