Senarai pengganti Boris Johnson makin bertambah


Bekas menteri kewangan Britain Rishi Sunak, yang peletakan jawatannya pada Selasa mencetuskan reaksi berantai, menjadi antara pendahulu utama jawatan tertinggi jawatan utama Parti Konservatif, sekali gus perdana menteri baharu United Kingdom. – Gambar EPA, 9 Julai, 2022.

BEKAS menteri kesaksamaan Britain, Kemi Badenoch pada Sabtu antara yang terbaru disenaraikan sebagai calon untuk menggantikan perdana menteri yang dilanda skandal, Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif.

Badenoch, salah seorang daripada hampir 60 ahli Parlimen dan pembantu yang meletak jawatan minggu ini selepas Johnson memohon maaf kerana melantik pegawai kanan yang berdepan dakwaan serangan seksual untuk memegang jawatan penting.

Johnson terpaksa meletak jawatan namun dalam masa sama berkata beliau akan kekal sehingga penggantinya dilantik yang dijangka mengambil masa berbulan-bulan.

Dalam artikel diterbitkan The Times, Badenoch menggesa perubahan, dan berkata orang ramai British “letih dengan kata-kata dan retorik kosong”.

“Saya letak diri saya dalam pemilihan kepimpinan ini kerana saya mahu beritahu perkara sebenar,” tulis lelaki berusia 42 tahun itu. “Kebenaranlah yang akan membebaskan kita.”

“Tanpa perubahan Parti Konservatif, Britain dan dunia barat akan terus hanyut” malah saingan akan “mengatasi kita dari segi ekonomi dan mengatasi kita di peringkat antarabangsa”, tambahnya.

Jadual pemilihan kepimpinan dijangka pada Isnin, dengan pemenang ditetapkan oleh persidangan tahunan parti pada awal Oktober.

Bekas menteri kewangan Rishi Sunak, yang peletakan jawatannya pada Selasa mencetuskan reaksi berantai, yang mana beliau juga antara pendahulu jawatan tertinggi itu.

Pengumuman pencalonannya mendapat sokongan segera daripada beberapa ahli Parlimen kanan.

Beliau diikuti oleh Setiausaha Luar Liz Truss, yang disokong oleh 21 peratus, dan kemudian Setiausaha Pertahanan Ben Wallace dengan 12 peratus, menurut tinjauan pendapat Opinium untuk Channel 4 News.

Baik Truss mahupun Wallace tidak mengisytiharkan mereka sedang bertanding.

Bekas setiausaha kesihatan dan luar negeri Jeremy Hunt, yang tewas kepada Johnson pada 2019, “hampir pasti” untuk bertanding semula, kata sumber yang rapat dengan Hunt kepada media Britain. – AFP, 9 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen