KKM lapor 3,589 kes baharu Covid-19, 6 kematian


Alfian Z.M. Tahir

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kini 4,589,911 kes, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2022.

SEBANYAK 3,589 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, turut sedikit berbanding 4,006 yang dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), menjadikan jumlah keseluruhan kini 4,589,911 kes.

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan 3,586 kes semalam adalah penularan tempatan manakala tiga lagi kes import.

Jumlah kes aktif kini 35,198, dengan 96.3% atau 33,888 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 27 kes (0.1%) dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), serta 1,241 orang (3.5%) dirawat di hospital.

Seramai 42 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, menurut data KKM.

Jumlah kemasukan hospital semalam paling tinggi di Selangor iaitu 172 orang, diikuti Johor (99) dan Sabah (76).

Sementara itu seramai 2,224 pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital semalam.

Bagi kematian akibat Covid-19 pula, enam kes direkodkan semalam, dengan dua dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Satu kematian masing-masing dicatat di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Jumlah kematian akibat Covid-19 kini mencecah 35,801 orang sejak negara dilanda pandemik pada 2020. 

Angka harian Covid-19 melonjak lebih 4,000 pada Khamis, pertama kali dalam tempoh tiga bulan.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian dalam lingkungan 4,000 adalah pada 24 April, apabila 4,006 kes direkodkan. – 9 Julai, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen