Twitter bakal saman Musk kerana batalkan urus niaga


Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk mengumumkan mahu membatalkan perjanjian AS$44 bilion bagi pembelian Twitter Inc. – Gambar EPA, 9 Julai, 2022.

TWITTER akan menyaman Elon Musk untuk menguatkuasakan urus niaga AS$44 bilion untuk membeli syarikat itu, kata pengerusi lembaga gergasi media sosial itu pada Jumaat.

“Lembaga Twitter komited menutup transaksi pada harga dan terma yang dipersetujui dengan Encik Musk dan merancang meneruskan tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan perjanjian penggabungan,” tulis Bret Taylor di Twitter. 

“Kami yakin kami akan menang.” katanya. – AFP, 9 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen