EKSPLOITASI berlebihan spesies hidupan liar menjadi ancaman kepada mata pencarian dan kesejahteraan berbilion-bilion orang di seluruh dunia.
Ia berdasarkan laporan baharu daripada pakar biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterbitkan Jumaat.
“Berbilion orang di semua rantau di dunia bergantung kepada spesies hidupan liar untuk makanan, perubatan, tenaga, pendapatan dan banyak tujuan lain,” kata panel penasihat sains PBB untuk biodiversiti.
Ia memberi amaran bahawa penggunaan tidak mampan mengancam sumber, terutamanya bagi mereka yang paling terdedah. – AFP, 8 Julai, 2022.
Komen