Fahmi Reza reka corak baharu untuk baju PM


Baju rekaan Fahmi Reza untuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang tertulis 'Potong gaji mneteri'. – Gambar Twitter, 9 Julai, 2022.

ARTIS Fahmi Reza menyindir Ismail Sabri Yaakob, yang gemar memakai baju berjenama mahal, dengan memuat naik rekaan baju baharu untuk perdana menteri itu.

Gambar baju yang dikatakan “berharga” RM6,900 itu disiarkan di Twitter.

Fahmi menukar tipografi merah terang pada baju yang dipakai Ismail Sabri sebelum ini dengan perkataan, “Potong gaji menteri”.

Rakyat Malaysia dijemput membeli baju tersebut untuk pemimpin itu.

Catatan itu ditweet semula sebanyak 1,600 kali dan  menerima 3,373 tanda suka.

Bulan lalu, satu gerakan disertaikan 20 pertubuhan pelajar menyeru pegawai kerajaan melakukan pemotongan gaji di ketika inflasi melonjak baru-baru ini.

“Saiz Kabinet terlalu besar. Menteri dan timbalan menteri patut menerima pemotongan gaji dan menunjukkan mereka bersama rakyat,” kata wakil KPUIAM Aliff Naif Mohd Fizam. – 8 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen