BINTANG tenis sensasi Sepanyol Rafael Nadal menarik diri daripada separuh akhir Wimbledon kerana kecederaan abdomen, memetik kenyataan penganjur lapor Agensi Anadolu.
Nadal, juara Grand Slam 22 kali dengan dua gelaran Wimbledon, sepatutnya bertemu pemain Australia Nick Kyrgios di pentas separuh akhir Jumaat ini.
Berikutan itu Kyrgios, 27, kini akan menentang sama ada Novak Djokovic atau Cameron Norrie pada gelanggang akhir Ahad ini. – Bernama, 8 Julai, 2022.
Komen