AHLI Parlimen Konservatif Britain Tom Tugendhat melancarkan kempennya untuk mengambil alih jawatan Boris Johnson, menjadikan beliau calon pertama mengumumkan kempen sejak perdana menteri itu meletak jawatan semalam.
Dalam satu ruangan lidah pengarang di Daily Telegraph, Tugendhat yang mengetuai jawatankuasa hal ehwal luar, mengesahkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan kepimpinan dalam parti itu, berkata beliau mahu membawa satu permulaan yang bersih.
“Saya pernah berkhidmat sebelum ini – dalam tentera, dan kini di Parlimen. Sekarang saya berharap dapat sekali lagi menerima jawatan sebagai perdana menteri,” tulisnya.
Tugendhat menyatakan kesanggupannya untuk bertanding.
Beliau sebelum ini dilihat lantang mengkritik cara kerajaan mengendalikan penarikan balik tentera dari Afghanistan.
Jaduan untuk pencalonan pengganti Johnson akan ditetapkan minggu depan.
Parti berharap untuk meletakkan calon sebelum persidangan tahunan Konservatif diadakan pada Oktober.
Peringkat pertama akan menyaksikan 358 ahli Parlimen Konservatif mengecilkan jumlah calon kepada dua, menerusi beberapa pusingan undian di mana setiap calon yang namanya di bawah, akan tersingkiri.
Peringkat kedua akan membabitkan ribuan ahli akar umi parti yang memilih menerusi undian rahsia. – AFP, 8 Julai, 2022.
Komen