Harga ikan tertentu naik sebab permintaan tinggi, kata persatuan


Khoo Gek San

Beberapa ikan tertentu masih meningkat harganya susulan permintaan yang tinggi daripada pembeli dan ia antaranya ialah ikan tenggiri India. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Julai, 2022.

WALAUPUN hasil tangkapan meningkat sebanyak 25% sejak awal bulan ini, beberapa ikan tertentu masih meningkat harganya meningkat berikutan permintaan tinggi, kata Chia Tian Hee.

Presiden Persatuan Am Industri Ikan berkata, harga ikan tenggiri India, yang lebih dikenali sebagai ikan kembung, misalnya, meningkat sedikit berikutan permintaan tinggi.

Beliau turut menyatakan tangkapan ikan itu masih rendah.

Harga ikan siakap juga naik daripada RM15 kepada RM19 sekilogram, katanya.

Beliau berkata harga ikan dan makanan laut lain secara amnya dari awal tahun hingga Mei adalah tinggi berikutan musim tengkujuh yang menghalang bot untuk turun ke laut.

Tetapi sejak bulan lepas, Cha berkata cuaca secara umumnya tenang dan nelayan mula turun ke laut.

Chia berkata walaupun tangkapan mungkin meningkat, faktor lain seperti kekurangan nelayan, kru bot dan kejatuhan nilai ringgit telah menjadikan harga naik.

Namun katanya, beliau menyifatkan harga masih dalam nilai mampu milik bagi kebanyakan pengguna.

Chia berkata musim tangkap ikan biasanya bermula pada Mei tetapi disebabkan corak cuaca yang luar biasa, bot tidak dapat turun ke laut pada Mei kerana ombak malah bot yang keluar hanya akan berhadapan cuaca buruk dan terpaksa berpatah balik.

Perkara itu, katanya, telah mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik bot.

“Pada Mei, jumlah hari menangkap ikan hanya 12 hari. Nelayan rugi banyak.

“Bulan lepas, kami boleh turun tanpa sebarang masalah dan jumlah hari di laut boleh cecah sehingga 20 hari.”

Chia berkata memandangkan itu, pengeluaran makanan laut pada Mei turun sebanyak 50 peratus yang mengakibatkan harga melambung.

Beliau berkata campur tangan kerajaan, khususnya dalam meluluskan pengambilan lebih ramai pekerja asing sebagai nelayan, dapat membantu mengurangkan, jika tidak menstabilkan harga.

Presiden Persatuan Maritim Kuala Lumpur Xin Jianjia memberitahu The Malaysian Insight harga ikan import naik 10% hingga 15% disebabkan penyusutan nilai ringgit.

Oleh itu, kata Xin, ia telah menjejaskan kapasiti penggunaan makanan laut.

“Pemborong biasanya mengimport 1,000 kg makanan laut, tetapi kini ia dikurangkan kepada 500 kg atau 600 kg.”

Xin berkata, harga ikan air tawar yang diternak juga meningkat, walaupun sedikit, berikutan kenaikan kos makanan .

Restoran makanan laut Kumpulan Longsheng, yang menghidangkan ikan air tawar ternakan sejak dibuka semula selepas sekatan pergerakan Covid-19, kini berhadapan masalah bekalan yang menyebabkan harga ikan ternakan meningkat.

Satu spesis popular yang mendapat permintaan tinggi di restoran ialah kerapu.

Pengarah urusan kumpulan itu, Shi Wenkang, berkata kebanyakan restoran makanan laut terpaksa menambah ikan ternakan ke dalam menu mereka kerana bekalan ikan laut yang rendah setakat Mei.

Seperti yang lain, Shi berkata wabak itu punca utama kekurangan ikan.

“Nelayan air tawar tidak berani membiak ikan banyak-banyak sebab ketidaktentuan pandemik.”

Beliau berkata selepas dibuka semula, terdapat lonjakan permintaan yang tidak dijangka sehinggakan sudah terlambat untuk buat apa-apa.

Kini, kata Shi, beliau percaya bekalan itu boleh kembali normal pada Ogos atau September. – 8 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen