Rusia harap 'lebih ramai profesional' pimpin UK


Moscow berkata ribut politik Britain bukti krisis yang lebih mendalam dalam demokrasi liberal di seluruh dunia. – Gambar EPA, 7 Julai, 2022.

KREMLIN pada Khamis berharap agar “lebih ramai orang profesional” diberi mandat di Britain selepas BBC melaporkan Boris Johnson akan meletakkan jawatan sebagai ketua parti Konservatif.

“Kami berharap suatu hari nanti di Great Britain lebih ramai orang profesional yang boleh membuat keputusan melalui dialog akan berkuasa,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada pemberita.

“Tetapi pada masa ini terlalu sedikit harapan untuk itu.”

Hubungan antara Moscow dan London bertambah teruk sejak bertahun-tahun dan hampir runtuh selepas Presiden Vladimir Putin menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari.

Kerajaan Johnson telah menyekat berpuluh-puluh orang kaya, warga Rusia yang mempunyai hubungan dengan Kremlin selain mengatakan wang mereka tidak lagi dialu-alukan di Britain.

“Beliau benar-benar tidak suka kami. Dan kami (tidak suka) dia juga,” kata Peskov mengenai Johnson.

Perdana menteri Britain itu merupakan salah seorang penyokong kuat Ukraine yang dengan Rusia, pernah melawat Kyiv dua kali sejak konflik bermula selain menjalin hubungan peribadi dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

Moscow juga berkata ribut politik Britain adalah bukti krisis yang lebih mendalam dalam demokrasi liberal di seluruh dunia.

“Adalah jelas kepada semua orang rejim liberal berada dalam krisis politik, ideologi dan ekonomi yang paling dalam,” kata jurucakap kementerian luar Maria Zakharova dalam perkhidmatan pesanan Telegram. – AFP, 7 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen