Boris Johnson hilang kepercayaan, dijangka umum letak jawatan


Menurut The Telegraph, Boris Johnson sudah pun berhubung dengan ketu apenyokong kerajaan dan bersetuju untuk letak jawatan sebagai perdana menteri United Kingdom selepas hilang kepercayaan parti. – Gambar EPA, 7 Julai, 2022.

BORIS Johnson dijangka akan meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif dan juga sebagai perdana menteri United Kingdom selepas hilang kepercayaan parti.

Media tempatan melaporkan perkembangan itu berlaku selepas 50 ahli parlimen parti itu meletak jawatan kerajaan dalam tempoh kurang 48 jam.

Laporan The Telegraph yang memetik sumber pejabat perdana menteri menyebut, Johnson sudah pun berhubung dengan ketua penyokong kerajaan dan bersetuju untuk berundur.

Johnson kekal menjadi perdana menteri sementara pemimpin baharu dipilih dalam mesyuarat Parti Konservatif pada Oktober, lapor akhbar itu.

Beliau dilapor akan membuat kenyataan menjelang tengah hari waktu tempatan London. – 7 Julai, 2022.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen