SETIAUSAHA Ireland Utara Brandon Lewis mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis.
Beliau memberitahu Perdana Menteri Boris Johnson bahawa kerajaannya yang dilanda skandal telah “melepasi titik tidak boleh berpatah balik”.
“Saya tidak boleh mengorbankan integriti peribadi saya untuk mempertahankan perkara seperti yang berlaku sekarang,” katanya.
Tambahnya, parti Konservatif yang memerintah dan negara “layak untuk mendapat yang lebih baik”. – AFP, 7 Julai, 2022.
Komen