Australia tawar dos ke-4 vaksin Covid-19 


Australia akan menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 kepada semua penduduk berusia lebih 30 tahun.– Gambar EPA, 7 Julai, 2022.

AUSTRALIA akan menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 kepada semua penduduk berusia lebih 30 tahun, kata pihak berkuasa kesihatan pada Khamis.

Tawaran itu dibuat ketika hospital dipenuhi pesakit dalam gelombang jangkitan musim sejuk.

Kerajaannya berkata pihaknya mengesyorkan dos keempat untuk mereka berusia lebih 50-an—tetapi juga menawarkannya kepada semua orang yang berumur lebih dari 30-an walaupun keberkesanannya ke atas mereka yang lebih muda belum jelas. 

Ia berikutan saranan badan penasihat imunisasi yang mengatakan ia mengenal pasti golongan muda yang mungkin mahukan dos penggalak musim sejuk.

Australia sebelum ini mengesyorkan suntikan dos keempat vaksin itu hanya kepada orang yang berumur lebih dari 65 tahun serta kepada kumpulan yang berisiko, termasuk mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Memandangkan varian Omicron baharu BA.4 dan BA.5 yang lebih mudah menular dalam populasi, bilangan pesakit hospital Australia dengan Covid telah melonjak lebih daripada 1,000 dalam sebulan kepada kira-kira 3,900, dengan 140 orang kini dirawat di unit rawatan rapi.

“Ini memberi tekanan sebenar kepada sistem kesihatan dan hospital kita,” kata Menteri Kesihatan Mark Butler pada sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan itu. – AFP, 7 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen