PRESIDEN Ecuador Guillermo Lasso pada Selasa menerima peletakan jawatan empat anggota Kabinet, beberapa hari selepas protes terhadap kos sara hidup berakhir, kata pejabatnya.
Menteri terbabit adalah Menteri Ekonomi Simon Cueva, Menteri Kesihatan Ximena Garzon, Menteri Pengangkutan dan Kerja Raya Marcelo Cabrera serta Menteri Pendidikan Alejandro Ribadeneira.
Kenyataan penjabat Lasso tidak menyebut alasan peletakan jawatan empat menteri berkenaan.
Jurucakap Kementerian Ekonomi memberitahu AFP Cueva buat keputusan untuk meletak jawatan beberapa bulan lalu.
Cueva digantikan dengan Gabenor Wilayah Guayas Pablo Arosemena.
Protes diadakan oleh masyarakat orang asli di Ecuador berlangsung selama 18 hari, menyebabkan enam orang terbunuh. Susulan protes itu, kerajaan Lasso setuju untuk memenuhi beberapa tuntutan termasuk menurunkan harga bahan api.
Bank pusat menganggarkan protes menyebabkan Ecuador kerugian sekurang-kurangnya AS$1 bilion. – 6 Julai, 2022.
Komen