KKM lapor 2,932 kes baharu Covid-19


Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi Covid-19 semalam dengan 959 kes, diikuti Kuala Lumpur (947) dan Perak (194). – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Julai, 2022.

MALAYSIA mencatatkan peningkatan sebanyak 2,932 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 1,918 kes sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM)

Menurut laman web CovidNow, jumlah kes jangkitan sejak permulaan wabak adalah pada 4,578,741 kes.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 959 kes, diikuti Kuala Lumpur (947) dan Perak (194).

Negeri Sembilan melaporkan 176 kes baharu, Sabah mencatatkan 143 kes baharu, Johor (57), Sarawak (54), Melaka (42), Pulau Pinang (107), Putrajaya (61), Kedah (67), Pahang (51), Terengganu (18), Kelantan (30) dan Perlis (10) dan Labuan (16).

KKM juga melaporkan tiga kematian Covid-19 semalam dengan satu kes diklasifikasikan meninggal dunia di luar hospital.

Dua kes adalah dari Selangor dan satu kematian dari Pahang menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,787.

Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 42, di mana 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 6 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen