15 nelayan masih hilang selepas bot karam di Indonesia  


Usaha mencari 15 nelayan yang masih hilang selepas bot mereka karam di Laut Arafura masih diteruskan pasukan penyelamat Indonesia. – Gambar EPA, 5 Julai, 2022.

PASUKAN penyelamat meneruskan usaha mencari 15 nelayan yang masih hilang selepas bot mereka karam di Laut Arafura, kata seorang pegawai Indonesia pada Selasa.

Bot KM Setia Makmur 06, dengan 25 anak kapal dibadai ombak besar pada Sabtu, kata Darmawan Widi, jurucakap operasi mencari dan menyelamat di daerah Merauke di wilayah Papua Indonesia.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan selepas pejabat menerima maklumat mengenai kejadian itu, dan beberapa bot nelayan berhampiran diminta membantu operasi itu.

“Sepuluh orang telah berjaya diselamatkan, tetapi 15 yang lain masih hilang,” katanya kepada Xinhua.

Pesawat tentera udara Indonesia turut digunakan bagi membantu operasi itu.

Sebuah kapal perang tentera laut juga akan dikerah ke tempat kejadian pada hari ini.

Bot nelayan itu berlepas dari pelabuhan Dobo, Kepulauan Aru (kepulauan Aru) wilayah Maluku, pada 24 Jun. – Bernama, 5 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen