AS ancam ekonomi, hak kesihatan rakyat Iran, kata jurucakap kerajaan


Iran tidak boleh mengimport ubat-ubatan dan peralatan perubatan kerana sekatan AS ke atas sektor perbankannya.– Gambar EPA, 5 Julai, 2022.

JURUCAKAP kerajaan Iran pada Isnin berkata Amerika Syarikat (AS) sentiasa mencabuli hak ekonomi rakyat Iran dengan mengenakan sekatan tidak sah dan mengancam hak kesihatan kanak-kanak dengan menyekat akses negara itu kepada ubat-ubatan, lapor Xinhua.

Ali Bahadori Jahromi dalam satu ciapan di Twitter menyatakan “tidak ada negara lain di dunia yang menjadi sasaran dan, lebih memahami jenayah hak asasi manusia AS selain Iran.”

Iran menjadi sasaran sekatan AS sejak empat dekad yang lalu. Sekatan itu semakin diperhebat selepas penarikan Washington daripada perjanjian nuklear 2015, dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama, yang ditandatangani antara Tehran dan kuasa-kuasa dunia pada Mei 2018.

Meskipun AS mendakwa ubat-ubatan dan peralatan perubatan tidak termasuk dalam senarai sekatan, Iran tidak boleh mengimport barangan berkenaan kerana sekatan yang dikenakan ke atas sektor perbankannya. – Bernama, 5 Julai, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen