SEBANYAK 1,918 kes baharu Covid-19 semalam berbanding 2,536 yang dilaporkan pada Ahad, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,575,809 kes.
Kuala Lumpur catat angka harian tertinggi iaitu 662 kes, diikuti Selangor (482) dan Perak (153).

Data di GitHub KKM juga menunjukkan lapan kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 35,784 kes.
Lima kematian di Pulau Pinang, dua di Johor dan satu kes di Kedah, menurut data KKM.
Sementara itu jumlah kes aktif semalam turun kepada 29,382, dengan 28,140 (95.8%) pesakit menjalani kuarantin di rumah, 26 (0.1%) dirawat di pusat kuarantin dan 1,172 (4.1%) dirawat di hospital.
Seramai 44 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 24 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Seramai 2,321 pesakit yang disahkan sembuh dibenarkan keluar hospital semalam. – 5 Julai, 2022.
Komen