KKM lapor 2,536 kes baharu Covid-19, 5 kematian


Ravin Palanisamy

Jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 4.57 juta kes, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Julai, 2022.

SEBANYAK 2,536 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, naik sedikit berbanding 2,527 yang dilapor semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,573,891 kes.

Data di GitHub KKM menunjukkan Selangor satu-satunya negeri mencatat kes harian empat angka iaitu 1,070 kes.

Sementara itu, sebanyak lima kematian akibat Covid-19 dicatat semalam, dengan masing-masing dua di Johor dan Terengganu, dan satu kes di Sarawak.

Jumlah kes aktif turun kepada 29,793 semalam, dengan 95.7% atau 28,508 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 19 (0.1%) dirawat di pusat kuarantin dan 1,221 lagi atau 4.1% dirawat di hospital.

Seramai 45 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 26 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu seramai 3,123 pesakit yang disahkan sembuh dibenarkan keluar hospital. – 4 Julai, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen