3 maut tembakan rambang pusat beli-belah Copenhagen


Polis Denmark tidak menolak kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen pada Ahad ada kaitan dengan keganasan. – Gambar EPA, 4 Julai, 2022.

TIGA orang maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen pada Ahad, kata polis Denmark.

Sementara itu beberapa orang lagi cedera, termasuk tiga parah.

Ketua Polis Copenhagen Soren Thomassen berkata seorang lelaki berusia 22 tahun telah ditahan.

Thomassen pada sidang media berkata motif tembakan di pusat beli-belah Fields itu masih belum diketahui.

Polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan serangan ada kaitan dengan keganasan, tambahnya.

Serangan pada hujung minggu itu berlaku dua hari selepas Denmark menghoskan perlumbaan basikal Tour de France yang bermula di Copenhagen.  – AFP,4 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen