PH belum muktamadkan agihan kerusi PRU15


Menurut Mahfuz pengagihan kerusi hanya akan diumumkan selepas mencapai kesepakatan antara parti dalam PH. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Julai, 2022.

PAKATAN Harapan (PH) masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai parti mana yang akan bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang pernah ditandingi oleh parti Bersatu pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata parti Amanah, PKR serta DAP akan mengadakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi bagi kawasan-kawasan berkenaan dan keputusan akan diumumkan setelah kesepakatan dicapai.

“Kerusi Bersatu itu akan dibincang untuk pengagihan dalam PH dan ia masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya pada sidang media Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Perak di Ipoh hari ini.

Pada PRU14 lepas Bersatu yang menganggotai PH bertanding bagi merebut 52 kerusi parlimen dan berjaya memenangi 13 daripadanya namun parti itu kemudiannya meninggalkan PH dan membentuk Perikatan Nasional (PN). – Bernama, 3 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen