MALAYSIA merekodkan 2,527 kes baharu Covid-19 harian semalam dan tanpa kematian dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 4,571,355 manakala jumlah kematian kekal tidak berubah pada 35,771.
Negara juga menyaksikan 2,359 pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan mereka pulih kepada 4,505,199.
Terdapat 30,385 kes aktif, di mana 28,701 atau 94.5% sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak 1,617 atau 5.3% individu dimasukkan ke hospital dan hanya 24 atau 0.1% dikuarantin di pusat kuarantin.
Daripada 1,617 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, 43 berada dalam unit rawatan rapi.
Manakala sebanyak 22 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kemasukan tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (184) diikuti Johor (99) dan Sabah (75). – 3 Julai, 2022.
Komen