Ronaldo mahu tinggalkan MU


Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford dari Juventus pada musim panas lalu tetapi walaupun menjadi penjaring terbanyak MU musim lalu, kempen itu secara keseluruhannya mengecewakan. – Gambar EPA, 3 Julai, 2022.

CRISTIANO Ronaldo mahu meninggalkan Manchester United (MU) pada musim panas ini jika kelab Liga Perdana itu menerima tawaran yang sesuai, menurut beberapa laporan semalam.

Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu kembali ke Old Trafford dari Juventus pada musim panas lalu tetapi walaupun menjadi penjaring terbanyak MU musim lalu, dan ketiga dalam Liga Perdana, kempen itu secara keseluruhannya mengecewakan.

MU menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana, terlepas kelayakan Liga Juara-Juara, dengan kontrak pemenang Ballon d’Or lima kali, yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya ditambah pilihan setahun, berkemungkinan bermain di Liga Europa untuk pertama kali.

MU bertegas Ronaldo, yang menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan, tidak dijual dan menurut laporan  pengurus baharu Erik ten Hag berminat untuk bekerjasama dengannya.

Ronaldo memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara selama enam tahun bersama MU sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2009 dan Juventus pada 2018, mengumpul lebih banyak trofi di kedua-dua kelab.

Pemain antarabangsa MU itu akan melaporkan diri untuk latihan dalam beberapa hari akan datang sebelum terbang ke Thailand pada Jumaat untuk memulakan jelajah pramusim mereka. – AFP, 3 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen