Gempa sederhana landa Laut Maluku Utara


GEMPA bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Laut Maluku Utara, Indonesia pada 7.49 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 129km tenggara dari Bitung itu berlaku pada kedalaman 61km.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mengesahkan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 3 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen