AMERIKA Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine, termasuk sistem pertahanan antipesawat yang canggih.
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai AS$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa, lapor Xinhua.
Setakat ini AS memberikan bantuan keselamatan sebanyak AS$6.9 bilion kepada Ukraine sejak Russia melancarkan operasi ketenteraan khas pada 24 Februari dan AS$7.6 bilion sejak pentadbiran Presiden Joe Biden. – Bernama, 2 Julai, 2022.
Komen