3 maut, 19 cedera gempa bumi kuat gegar selatan Iran


Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania, gempa bumi itu direkodkan pada Jumaat, 61 kilometer timur laut bandar pelabuhan Bandar Lengeh. – Gambar Facebook, 2 Julai, 2022.

TIGA maut manakala 19 yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Hormozgan, selatan Iran, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Fars.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania, gempa bumi itu direkodkan pada 21:32 GMT, Jumaat, 61 kilometer timur laut bandar pelabuhan Bandar Lengeh.

Iran pernah dilanda gempa bumi dahsyat dalam sejarah negara pada 856 Masihi yang meragut hampir 200,000 nyawa. – Bernama, 2 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen