WHO gesa Eropah segera bertindak cegah cacar monyet


Pengarah Wilayah WHO Eropah Hans Henri Kluge menyeru kerajaan dan masyarakat sivil blok itu tingkatkan usaha untuk mengelak penularan cacar monyet. – Gambar EPA, 2 Julai, 2022.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat menggesa tindakan segera bagi mencegah penyebaran cacar monyet di Eropah, menyatakan kes telah meningkat tiga kali ganda di blok itu sejak dua minggu lepas.

“Hari ini, saya menguatkan lagi seruan untuk kerajaan dan masyarakat sivil meningkatkan usaha…untuk mencegah cacar monyet daripada bertapak,” kata Pengarah Wilayah WHO Eropah Hans Henri Kluge.

“Tindakan segera dan diselaraskan penting jika mahu memulihkan penularan penyakit ini secara berterusan.”

Sejak awal Mei, lonjakan kes cacar monyet telah dikesan di luar negara Afrika Barat dan Tengah di mana virus itu merupakan endemik.

Sembilan puluh peratus daripada semua kes yang disahkan oleh makmal yang didaftarkan di seluruh dunia – atau 4,500 jangkitan –berada di Eropah, kata Kluge.

Tiga puluh satu negara dan kawasan kini telah melaporkan jangkitan.

Kluge berkata Eropah kekal sebagai pusat wabak yang semakin meluas dan risikonya kekal tinggi.

WHO tidak menganggap wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa namun akan mengkaji semula tahapnya tidak lama lagi, katanya.

Kebanyakan jangkitan cacar monyet setakat ini telah diperhatikan pada lelaki yang melakukan hubungan seks sesama lelaki, golongan muda, terutamanya di kawasan bandar, menurut WHO.

Ia sedang menyiasat kes kemungkinan penularan seksual tetapi mengekalkan penyakit itu terutamanya merebak melalui kontak rapat. – 2 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen