Menteri Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia


Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Abdi Waluyo, Jakarta. – Gambar fail EPA, 1 Julai, 2022.

MENTERI Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Abdi Waluyo, Jakarta.

Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.10 pagi waktu tempatan selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu.

Jenazah dikebumikan di kompleks Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan pada jam 6 petang.

Tjahjo adalah kader Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung dari 2010 hingga 2014. – Bernama, 1 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen