TASHKENT akan menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai Afghanistan pada 25 dan 26 Julai, yang dijangka dihadiri delegasi dari lebih 20 negara, lapor agensi berita Sputnik.
“Delegasi dari lebih 20 negara dan organisasi antarabangsa dijangka mengambil bahagian dalam persidangan itu,” menurut kenyataan kementerian luar Uzbekistan pada Jumaat.
Persidangan itu akan membincangkan pendekatan sewajarnya untuk menggalakkan kestabilan, keselamatan dan pemulihan pasca konflik Afghanistan, serta integrasi kerjasama serantau.
Ketidakstabilan di Afghanistan berlanjutan sejak Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan pada Ogos 2021.
Keadaan bertambah meruncing selepas gempa bumi yang dahsyat melanda negara itu baru-baru ini. – Bernama, 1 Julai, 2022.
Komen