Ukraine mula eksport elektrik ke Eropah


Untuk permulaan, bekalan elektrik Ukraine disalurkan ke Romania dengan kapasiti sebanyak 100 megawatt. – Gambar AFP, 1 Julai, 2022.

UKRAINE mula mengeksport bekalan elektrik ke Eropah semalam, kata Perdana Menteri Denys Shmyhal.

“Eksport elektrik dari Ukraine ke Eropah sudah bermula,” tulis Shmyhal di Telegram, lapor Xinhua.

Shmyhal berkata untuk permulaan, bekalan elektrik disalurkan ke Romania dengan kapasiti sebanyak 100 megawatt.

Ukraine menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti aliran elektrik ke Eropah kepada 2.5 gigawatt untuk masa akan datang.

Menurut Shmyhal, Ukraine berpotensi menjana pendapatan lebih 70 bilion hryvnyas (kira-kira AS$2.4 bilion) setahun bagi eksport elektrik ke negara Eropah.

Pada Mac, grid elektrik Ukraine diselaraskan dengan Rangkaian Pengendali Sistem Penghantaran Elektrik Eropah. – Bernama, 1 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen