2,867 kes jangkitan baharu Covid-19


Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes jangkitan baharu paling banyak dengan 906 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2022.

JUMLAH kes jangkitan harian Covid-19 meningkat untuk hari ketiga berturut-turut apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 2,867 kes baharu semalam.

Angka terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sejak bermulanya wabak itu kepada 4,566,055.

Dua kes kematian turut direkodkan semalam, menjadikan jumlah kematian kepada 35,765.

Menurut laman GitHub Kementerian Kesihatan, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan baharu paling banyak dengan 906, diikuti Selangor (881) dan Negeri Sembilan.

Sabah melaporkan 154 kes, Perak (143), Pulau Pinang (119), Melaka (95), Johor (79), Putrajaya (72), Sarawak (68), Kedah (63), Pahang (50), Terengganu (25), Labuan (17), Kelantan (17) dan Perlis (10).

Sementara itu, kedua-dua kes kematian dilaporkan di Selangor.

Jumlah kes aktif meningkat kepada 29,434 semalam, apabila 2,145 orang pulih daripada penyakit itu.

Daripada kes aktif, 28,116 atau 95.5%, menjalani kuarantin di rumah, 26 (0.1%) di pusat kuarantin berisiko rendah, dan 1,249 (4.4%) di hospital.

Seramai 43 pesakit berada dalam rawatan rapi, 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 1 Julai, 2022.


 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen