SEMUA operasi pengeluaran dihentikan sementara di kilang coklat terbesar dunia yang dikendalikan syarikat gergasi Switzerland Barry Callebaut di bandar Wieze, susulan pencemaran salmonella dikesan, kata syarikat itu.
Jurucakap syarikat itu berkata semua kerja pengeluaran dihentikan di kilang, di mana ia menghasilkan coklat cecair bagi jualan borong untuk 73 pelanggan pembuat manisan.
Syarikat itu berkata 72 daripada 73 syarikat berkenaan mengesahkan mereka mengentikan penghantaran coklat yang mungkin tercemar bagi mengelak ia dijual kepad apelanggan.
Setakat ini tidak ada laporan berkenaan pelanggan terdedah kepada salmonella, yang boleh menyebabkan cirit-birit dan demam, tetapi ia hanya berbahaya kepada kes yang ekstrem.
“Semua penghasilan produk sejak ujian salmonella dilakukan, sudah dihentikan,” kata jurucakap Korneel Warlop.
“Barry Callebaut pada masa ini menghubungi semua pelanggan yang mungkin menerima produk tercemar. Penghasilan coklat di Wieze akan dihentikan hingga diberitahu kelak.”
Kebanyakan produk yang didapati tercemar masih berada di kilang itu, katanya. – AFP, 1 Julai, 2022.
Komen