POLIS Czech memburu seorang lelaki yang memecah masuk ke rumah orang pada waktu malam dan melihat mereka tidur, selain sesekali mencuri benda tidak bernilai.
“Rakaman kamera keselamatan menunjukkan dengan jelas pelaku tidak kisah dengan kehadirang orang lain,” kata jurucakap polis Prague Jan Rybansky.
“Sebaliknya, boleh dikatakan dia sengaja mencari rumah yang ada penghuni,” katanya.
Polis setakat ini menerima tujuh laporan tetapi mungkin sebenarnya ada lebih insiden seumpama itu.
“Dalam satu kes, suspek duduk di sebelah katil seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di rumah pemilik rumah, di mana mereka tidak tahu pelaku masuk ke bilik ketika anak mereka tidur,” kata Rybansky.
Sesetengah pemilik rumah juga merakamkan pergerakan suspek di dalam rumah ketika mereka sedar.
“Bagi mengelak diganggu, pelaku mengunci dirinya di dalam sebuah bilik atau keseluruhan tingkat rumah, menggeledah tetapi kemudia keluar dari rumah itu,” kata kenyataan polis.
Suspek berusia antara 55 dan 60 tahun, tempang sedikit kakinya, memecah masuk ke rumah di Prague. Dia mencuri di sebuah rumah yang sama, dua kali setahun. – AFP, 1 Julai, 2022.
Komen