MALAYSIA mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,605 kes baharu semalam berbanding 2,025 kes sehari sebelumnya.
Angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sejak bermulanya pandemik kepada 4,563,188.
Lima kematian berkaitan koronavirus dilaporkan semalam, dengan satu diisytiharkan sebagai kematian di luar hospital.
Jumlah kematian kini ialah 35,763, dengan 7,586 dikategorikan sebagai kematian di luar hospital.
Menurut repositori GitHub kementerian, Kuala Lumpur melaporkan jumlah jangkitan baharu paling banyak semalam iaitu 865, diikuti Selangor (730) dan Sabah (163).
Perak mencatatkan 152 kes, Pulau Pinang (138), Negeri Sembilan (105), Melaka (102), Johor (66), Kedah (57), Putrajaya (57), Pahang (56), Sarawak (53), Kelantan (24) , Terengganu (23), Perlis (8) dan Labuan (6).
Sementara itu, daripada lima kematian, Melaka dan Pahang melaporkan masing-masing dua dan Selangor mencatatkan satu.
Satu-satunya kes kematian di luar hospital dicatatkan di Melaka.
Jumlah kes aktif kini meningkat kepada 28,714 semalam, apabila 1,633 orang pulih daripada penyakit itu.
Daripada kes aktif, 27,465 atau 95.7% menjalani kuarantin di rumah, 22 (0.1%) di pusat kuarantin berisiko rendah, dan 1,187 (4.1%) di hospital.
Seramai 40 pesakit berada dalam unit rawatan rapi, 24 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 30 Jun, 2022.

Komen