Putin nafi Rusia serang pusat beli-belah Kremenchuk


Tentera Ukraine berkawal berhampiran pusat beli-belah yang musnah di Kremenchuk, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 nyawa. Hari ini Presiden Rusia Vladimir Putin menafikan tenteranya bertanggungjawab, berkata Moscow tidak serang infrastruktur awam. – Gambar EPA, 30 Jun, 2022.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin menafikan tentera Moscow bertanggungjawab melakukan serangan ke atas pusat membeli-belah yang sesak di bandar Kremenchuk, Ukraine awal minggu ini, di mana 18 orang terbunuh.

“Tentera kami tidak serang mana-mana infrastruktur awam. Kami ada setiap keupayaan tinggi, tahu apa dan di mana,” kata Putin pada sidang media di ibu kota Turkmenistan, Ashgabat.

“Tiada sesiapa dalam kalangan kami menembak begitu sahaja, secara rawak. Ia biasanya dilakukan berdasarkan data risikan pada sasaran” dan dengan “senjata berketepatan tinggi”.

“Saya yakin kali ini, semuanya dilakukan dengan cara yang tepat,” kata Putin.

Ukraine menuduh Rusia menyerang pusat itu pada Isnin di Kremenchuk, 330 kilometer tenggara Kyiv.

Rusia menafikan tuduhan itu dan sebelum ini mendakwa peluru berpandunya ditujukan kepada depoh senjata malah pusat itu tidak beroperasi pada masa itu. – AFP, 30 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen