Penyerang insiden Paris 2015 dihukum penjara seumur hidup


Salah Abdeslam (duduk) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Perancis susulan penglibatannya dalam insiden serangan Paris pada 2015. – Gambar EPA, 30 Jun, 2022.

MAHKAMAH Perancis pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada satu-satunya anggota pasukan militan masih hidup yang melakukan serangan di Paris pada November 2015 yang menyebabkan 130 orang terbunuh.

Salah Abdeslam dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, yang hanya menawarkan peluang kecil untuk parol selepas 30 tahun. 

Hukuman sebegitu hanya pernah dijatuhkan sebanyak empat kali sebelum ini sejak ia diwujudkan pada 1994.

Keputusan itu memenuhi tuntutan pihak pendakwa untuk mendapatkan hukuman paling berat yang dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.

Rakan zaman kanak-kanak Abdeslam, Mohamed Abrini, yang didakwa memberikan sokongan logistik, turut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan 22 tahun minimum oleh mahkamah. – AFP, 30 Jun, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen