2 suspek terbunuh, 6 polis cedera rompakan bank di Kanada


DUA suspek terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Kanada, yang turut menyebabkan enam anggota polis terbunuh, kata pihak berkuasa.

Suspek ketiga dipercayai masih melarikan diri.

Ketua Polis Saanich Dean Duthie pada sidang akhbar berkata insiden berlaku 11 malam apabila dua suspek yang bersenjata masuk ke sebuah bank di Saanich, bandar dengan populasi 114,000 orang di pinggir ibu kota Victoria, kata polis.

“Beberapa pegawai polis dikerah ke tempat kejadian dan bertembung dengan suspek yang melepaskan tembakan kea rah polis.

“Dua suspek ditembak mati di tempat kejadian,” kata kenyataan polis, menambah tiada kakitangan bank dan orang awam yang cedera.

Setakat semalam, tiga daripada enam anggota polis yang cedera sudah menjalani pembedahan, sementara tiga lagi mungkin akan dibenarkan keluar hospital.

Awal hari ini, perintah mengosongkan rumah dikeluarkan bagi penghuni di beberapa bangunan di sekitar bank kerana dipercayai satu bahan letupan ditemui di kenderaan suspek. – AFP, 29 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen