KKM lapor 2,025 kes baharu Covid-19, 4 kematian


KES baharu Covid-19 meningkat kepada 2,025 dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 1,894 kes sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes kepada 4,560,583.

Laman web CovidNow menunjukkan Kuala Lumpur melaporkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 745 kes, diikuti Selangor (442) dan Sabah (111).

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan jangkitan ialah Pulau Pinang (111), Perak (103), Negeri Sembilan (83), Putrajaya (71), Johor (54), Melaka (54), Kedah (52), Sarawak (52), Pahang (31), Kelantan (25), Terengganu (20), Labuan (14) dan Perlis (8).

Sementara itu, laman web GitHub KKM mencatatkan empat kematian semalam dengan satu diklasifikasikan sebagai maut sebelum tiba di hospital.

Kematian tersebut dilaporkan di Johor, Perak, Selangor, dan Kuala Lumpur.

Sejak pandemik melanda, Malaysia telah merekodkan 35,758 kematian akibat Covid-19.

Kadar kematian berada pada kadar 0.2 peratus manakala kadar kematian terkumpul kini 0.8 peratus. – 29 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen