Putin jamin bekalan baja ke Brazil


Presiden Brazil Jair Bolsonaro dan Presiden Rusia Vladimir Putin dalam perbincangan melalui telefon berkata mereka berbincang mengenai keselamatan makanan dan krisis tenaga. – Gambar EPA, 28 Jun, 2022.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin pada Isnin berjanji kepada rakan sejawatannya dari Brazil, Jair Bolsonaro yang Moscow “komited” untuk mengekalkan penghantaran baja kepada gergasi pertanian Amerika Selatan itu.

Bercakap di Brasilia, Bolsonaro berkata kedua-dua pemimpin telah berbincang melalui telefon tentang “keselamatan makanan” dan “masalah tenaga,” tanpa memberikan butiran lanjut.

Dalam kenyataannya, Kremlin berkata Putin “menegaskan Rusia komited untuk melaksanakan kewajipannya untuk menjamin penghantaran baja Rusia tanpa gangguan kepada petani Brazil.”

Kenyataan itu menambah yang Putin meminta “pemulihan perdagangan bebas produk makanan dan baja yang runtuh akibat sekatan Barat” terhadap Rusia.

Sebuah kuasa pertanian global, Brazil mengimport lebih 80 peratus bajanya – angka yang meningkat kepada 96 peratus dalam kes kalium, menurut kementerian pertanian.

Lebih daripada 20 peratus daripada import baja tersebut datang dari Rusia.

Tetapi sekatan Barat yang dikenakan ke atas Rusia atas pencerobohan Ukraine, yang bermula pada Februari, mencetuskan kebimbangan di Brazil yang bekalan bajanya boleh terjejas.

Kerajaan Bolsonaro juga mengumumkan permulaan rundingan dengan pembekal alternatif, terutamanya Kanada, Jordan, Mesir dan Maghribi, sambil menambah pengeluaran domestik akan ditingkatkan. – AFP, 28 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen