4 letupan berlaku di Kyiv


Serangan Rusia pada awal pagi hari ini terkena kompleks kediaman di Kyiv, Ukraine. – Gambar AFP, 26 Jun, 2022.

EMPAT letupan kedengaran di tengah ibu kota Ukraine, Kyiv, hari ini, dengan wartawan AFP melaporkan kompleks kediaman berhampiran pusat bandar terbakar.

Letupan berlaku sekitar jam 6:30 am, setengah ham selepas siren udara dibunyikan di bandar itu, selepas tiada serangan dibuat Rusia sejak tiga minggu lepas.

Masih tiada maklumat terperinci mengenai jumlah kecederaan dan korban.

Seorang kakitangan AFP yang tinggal di kompleks kediaman sama mendengar bunyi kuat sebelum letupan berlaku.

“Beberapa letupan berlaku di wilayah Shevchenkivsky,” kata Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitscho di Telegram.

“Ambulan dan penyelamat sedang berada di tempat kejadian. Di dua bangunan, kerja menyelamat dan memindahkan penduduk sedang berjalan,” tambahnya.

Asap tebal dilihat di kawasan terjejas yang sudah laluan keluar masuk sudah dikawal polis.

Pada akhir April lalu, seorang wartawan Radio Liverty terbunuh selepas apartmennya selepas Rusia menyerang Kyiv ketika lawatan Ketua PBB Antonio Guterres. – AFP, 26 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen