Suu Kyi dipindahkan ke sel kurungan sendirian di penjara


Aung San Suu Kyi ditahan sejak kerajaannya digulingkan menerusi rampasan kuasa tentera Myanmar pada tahun lalu. – Gambar EPA, 24 Jun, 2022.

PEMIMPIN Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi tetap kuat semangat selepas dipindahkan daripada tahanan rumah ke penjara, dengan sumber berkata beliau dimasukkan ke kurungan sendirian.

Sejak rampasan kuasa tahun lalu, Suu Kyi dikenakan tahanan rumah di lokasi tidak didedahkan di Naypyidaw, ditemani bersama beberapa pembantu rumah dan anjingnya, kata sumber.

Pemenang anugerah Nobel berusia 77 tahun itu keluar dari tahanan berkenaan beberapa kali untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah junta, di mana beliau berdepan hukuman penjara lebih 150 tahun jika sabit kesalahan.

Pada Rabu beliau dipindahkan daripada tahanan rumah ke kurungan bersendirian di penjara, kata jurucakap juta Zaw Min Tun dalam satu kenyataan.

Sesi perbicaraan akan datang akan diadakan di dalam mahkamah di kawasan penjara, katanya.

Suu Kyi kekal tenang dan optimis selepas pemindahan itu, kata sumber.

“Beliau masih seperti dulu dan penuh semangat. Beliau memang selalu tenang dalam apa juga keadaan,” katanya.

Sumber lain berkata pembantu rumah Suu Kyu dan anjingnya tidak menemaninya ketika beliau dipindahkan ke penjara, dan keselamatan di sekitar kawasan penjara diperketatkan.

Suu Kyi akan diberikan tiga kakitangan wanita dari penjara untuk menjaganya, kata sumber. – AFP, 24 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen