Lufthansa kekurangan staf, batal 3,000 penerbangan


Lufthansa batal lebih 3,000 penerbangan sepanjang cuti musim panas susulan masalah kekurangan kakitangan. – Gambar EPA, 24 Jun, 2022.

SYARIKAT penerbangan Jerman, Lufthansa membatalkan lebih 3,000 penerbangan sepanjang cuti musim panas susulan masalah kekurangan kakitangan ketika industri itu cuba untuk pulih daripada kesan pandemik.

Pengumuman itu selepas beberapa hari syarikat itu berkata ia membatalkan 900 penerbangan pada Julai kerana masalah kakitangan.

“Dalam usaha untuk memaklumkan penumpang secepat mungkin, Lufthansa akan membatalkan 2,200 lagi penerbangan daripada sekitar 80,000 penerbangan di habnya di Frankfurt dan Munich pada musim panas ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pembatalan terdahulu membabitkan penerbangan pada Jumaat dan hujung minggu, tetapi langkah terbaru syarikat akan turut menjejaskan perjalanan pada hari biasa.

Katanya, penerbangan yang dibatalkan termasuk bagi perjalanan domestik dan laluan eropah.

Syarikat itu berkata penumpang juga kemungkinan berdepan dengan perubahan jadual perjalanan. – AFP, 24 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen