HAMPIR satu daripada lima rakyat Amerika Syarikat (AS) yang pernah dijangkiti Covid-19 mengalami simptom berterusan yang dikenali sebagai “Long Covid”, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Data Kajian Nadi Isi Rumah, kerjasama antara CDC, Biro Banci dan agensi persekutuan lain, mendapati lebih 40% golongan dewasa di AS dijangkiti Covid-19 dan 19% daripada mereka masih mengalami simptom Covid, lapor United Press International (UPI).
Long Covid ditakrifkan sebagai simptom yang berlanjutan sehingga tiga bulan atau lebih selepas dijangkiti virus buat pertama kali dan tidak mengalami sebarang simptom ketika itu.
Data menunjukkan secara keseluruhannya satu daripada 13 orang dewasa, atau 7.5%, mengalami simptom Long Covid.
Selain itu, 9.4% wanita dikesan mengalami simptom Long Covid berbanding lelaki hanya sekitar 5.5%. – Bernama, 23 Jun, 2022.
Komen