Kadar inflasi di Kanada tertinggi dalam tempoh 40 tahun


Inflasi di Kanada meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 40 tahun dengan kenaikan harga petrol menjadi penyumbang utama. – Gambar EPA, 23 Jun, 2022.

INFLASI di Kanada meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 40 tahun, menurut Agensi Berita Jordan (Petra).

Statistik Kanada melaporkan kenaikan harga petrol menjadi penyumbang utama kadar inflasi keseluruhan mencecah 7.7%.

Harga gas turut meningkat 12% pada Mei saja, peningkatan 48% berbanding tahun lepas.

Selain itu, harga makanan turut menjadi penyumbang utama, dengan jualan runcit mencatat peningkatan 9.7% sepanjang tahun lalu. – Bernama, 23 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen