Pesawat penumpang terbakar ketika mendarat di Miami


Pesawat Red Air penerbangan 203 terbakar ketika mendarat lewat malam Selasa, menurut jabatan bomba Miami-Dade. – Gambar EPA, 23 Jun, 2022.

PIHAK berkuasa menyiasat insiden kebakaran membabitkan pesawat penumpang ketika ia mendarat di lapangan terbang Miami, menyebabkan 100 penumpang melarikan diri.

Tiga dirawat di hospital selepas Red Air penerbangan 203 yang mendarat pada malam Selasa itu terbakar, menurut jabatan bomba Miami-Dade, tetapi tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan.

Video rakaman menunjukkan orang ramai dibawa keluar dari pesawat McDonnell Douglas MD-82 dengan asap tebal kelihatan di badan pesawat.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) berkata pesawat itu mengalami masalah gear ketika mendarat.

Pesawat itu kemudian berlepas di landasan sebelum mendarat di kawasan padang, katanya dengan kebakaran tercetus di bahagian kanan badannya.

Red Air, syarikat penerbangan tambang rendah Dominican dilancarkan November tahun lalu, berkata pesawat itu tiba dari Santo Domingo ketika mengalami masalah teknikal.

Red Air dan NTSB berkata terdapat 130 penumpang dan 10 anak kapal di dalam pesawat itu. – AFP, 23 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen