MENTERI Pelancongan Sarawak Abdul Karim Hamzah berkata walaupun beliau mungkin bersetuju dengan Sultan Johor bahawa terlalu muda pada usia 18 tahun untuk menjadi wakil rakyat, Sarawak tidak akan mengubah perlembagaannya.
“Saya suka cara Sultan (Sultan Ibrahim Iskandar) melihatnya tetapi negeri sudah menerima pakai (selaras) dengan apa yang diluluskan di Parlimen,” katanya ketika ditanya pemberita di Kuching hari ini.
Berucap pada perasmian DUN, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak memperkenan Enakmen (Pindaan) Negeri Johor 2021 menurunkan umur minimum kepada 18 tahun apabila rang undang-undang itu dikemukakan kepada baginda untuk diperkenankan.
Baginda bertitah ia tidak selari dengan arahan kerajaan yang mahukan pemimpin yang berkualiti dan berilmu.
“(Mereka) masih agak mentah,” kata Karim menggambarkan golongan remaja berusia 18 tahun.
Karim membentangkan rang undang-undang itu di DUN Sarawak pada November 2020 untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti dua pertiga. – 22 Jun, 2022.
Komen