PUTRAJAYA perlu menghapuskan yuran RM300 setiap pekerja yang akan dikenakan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia untuk pemprosesan geran latihan kelayakan mikro, kata Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta) hari ini.
Dalam satu kenyataan pengerusi Samenta William Ng berkata Menteri Sumber Manusia M Saravanan mesti mengarahkan HRD Corp untuk menangguhkan rancangan mengenakan yuran tersebut sementara menunggu penjelasan lanjut daripada Lembaga Pengarah HRP Corp mengenai rasional dan keperluan kewangan mengenakan yuran berkenaan.
Yuran baharu itu dikenakan berikutan pindaan kepada Akta Dana Pembangunan Sumber Manusia pada 2021 yang menyatakan semua majikan termasuk PKS yang mempunyai 10 pekerja dan ke atas mesti mencarum kepada dana HRD Copr.
Yuran ini adalah untuk menyokong pembangunan kemahiran pekerja Malaysia.
Ng berkata inisiatif baharu HRC Corp adalah tidak produktif dan mengehadkan hak majikan untuk menentukan keperluan latihan perniagaan mereka dan pekerja mereka.
Beliau berkata pada masa kekurangan buruh yang teruk menghalang pemulihan dan pertumbuhan PKS, adalah penting bagi PKS meningkatkan kemahiran dan latihan semula pekerja mereka sebagai sebahagian daripada pemacu ke arah automasi dan pendigitalan.
Beliau menegaskan PKS dengan 10 pekerja membayar gaji purata RM2,000 sebulan perlu mencarum RM2,400 setahun kepada HRD Corp.
Beliau berkata dana ini sebaliknya boleh digunakan untuk program latihan yang akan diputuskan oleh PKS.
“Sebagai contoh PKS boleh menghantar tiga pekerja untuk mengikuti kursus perkhidmatan pelanggan berharga RM800 seorang.
“Dengan yuran microcredential baharu bermula, PKS kini hanya boleh melatih dua pekerja kerana RM600 daripada dana itu akan dibayar kepada HRD Corp untuk kelayakan mikro,” katanya.
Ng berkata Menteri Sumber Manusia Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp dan lembaga pengarahnya perlu memberikan penjelasan bagaimana melatih kekurangan pekerja dengan wang yang sama yang menjadi hak milik majikan membantu dalam meningkatkan kemahiran lebih ramai rakyat Malaysia.
“Kami kecewa kerana walaupun mempunyai talian komunikasi terus dengan HRD Corp, Samenta tidak dirujuk mahupun meminta pandangan kami atau mana-mana ahli kami,” katanya. – 22 Jun, 2022.
Komen