Kes cacar monyet meningkat kepada 277 di Perancis


Kes cacar monyet pertama di Perancis dikesan pada 20 Mei, hari yang sama virus itu dikesan di negara jiran Jerman. – Gambar AFP, 22 Jun, 2022.

PERANCIS mengesan 277 kes cacar monyet semalam termasuk kes pertama melibatkan seorang wanita yang dijangkiti virus berkenaan. 

Jumlah kes meningkat dengan mendadak sejak angka rasmi terakhir iaitu 183 kes lima hari sebelumnya. Bagaimanapun tiada sebarang kematian dikaitkan dengan cacar monyet di negara itu.

Gegala awal biasa cacar monyet termasuk demam panas, kalenjar limfa bengkak dan ruam seperti cacar air.

Sehingga baru-baru ini penyakit virus secara amnya hanya terhad kepada Afrika Barat dan Tengah tetapi kini terdapat di beberapa benua terutamanya Eropah.

Antara kes terbaru yang direkodkan di Perancis merupakan kes wanita pertama yang disah dan punca penularannya sedang disiasat di mana kes yang lain kesemuanya melibatkan lelaki, kata agensi kesihatan awam kebangsaan Perancis dalam satu kenyataan.

Setakat ini wabak cacar monyet baru-baru ini yang melanda kira-kira 40 negara menjejaskan terutamanya lelaki yang melakukan hubungan seks songsang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok bagi menentukan sama ada untuk mengklasifikasikan wabak cacar monyet global sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa. Virus biasanya hilang selepas dua atau tiga minggu.

Kebanyakan kes yang dikenal pasti di Perancis ditemui di Paris dan pinggir bandar walaupun wabak yang lebih kecil dikesan di beberapa wilayah di seluruh negara termasuk Normandy di utara dan Cote d’Azur di selatan.

Kes cacar monyet pertama di Perancis dikesan pada 20 Mei, hari yang sama virus itu dikesan di negara jiran Jerman. – AFP, 22 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen